shadow shadow

Tentang Kami

Putra Specialist Hospital Melaka Sdn. Bhd (dahulu dikenali sebagai The Southern Hospital Melaka Sdn Bhd), mempunyai 12 tingkat di dalam sebuah bangunan dan mempunyai 200 buah katil.

Mula beroperasi dan dikenali sebagai The Southern Hospital Melaka Sdn Bhd pada tahun 1995. Terletak di kawasan yang strategik iaitu di tengah-tengah bandar Negeri Melaka Bersejarah, ia menguasai kebolehcapaian yang mudah melalui jalan-jalan arterikal yang membawa ke pusat bandar. Ia juga dibina berdekatan dengan hotel mewah dan hotel kos rendah serta jalan membeli-belah utama iaitu Jalan Bunga Raya, Melaka.

Cawangan kami yang lain, Putra Specialist Hospital (Batu Pahat) Sdn Bhd yang terletak di Batu Pahat mempunyai 88 buah katil, menguasai koridor barat daya Semenanjung Malaysia.

Kumpulan Putra Specialist Hospital adalah majoritinya - Milik oleh Kerajaan Negeri Melaka dan manoriti pemegangnya adalah Mediquest Sdn Bhd dan Apex Pharmacy Bhd.

 

Misi Korporat :

Misi korporat kami adalah untuk mengekalkan dan mencapai standard yang tinggi di samping memberi perkhidmatan yang bersesuaian dengan keperluan masyarakat. Kami juga akan memastikan suasana persekitaran yang selamat kepada pesakit dan kakitangan dan menunjukkan sensitiviti terhadap keperluan kewangan, kebudayaan, emosi dan fizikal sesebuah masyarakat. Disamping itu kami menerapkan nilai-nilai keikhlasan dan kebanggaan dalam diri setiap pekerja untuk mempromosikan proses rawatan kesihatan yang terbaik ketika berkhidmat dengan pelanggan.

 

Visi Korporat :

Ia merupakan matlamat Putra Specialist Hospital (Melaka) Sdn Bhd untuk membangun ke dalam kumpulan maju, kemudahan-kemudahan penghantaran penjagaan kesihatan bersepadu yang inovatif (sama ada dimiliki atau terurus) di seluruh Malaysia dan lokasi terpilih yang lain yang menunjukkan satu kecenderungan, dan keupayaan untuk menyokong penghantaran kemudahan-kemudahan penjagaan kesihatan yang menyediakan mutu perkhidmatan terus yang sesuai dengan operasi infrastruktur.

Paparan Terbaik pada resolusi 1024 x 768  IE 6.0 ke atas
Kemaskini Terakhir  03 Jun 2011
www.psh-group.com © 2007
Putra Specialist Hospital (Melaka) Sdn. Bhd.
169, Jalan Bendahara, 75100 Melaka, Malaysia.
Tel : 06-283 5888 Fax : 06-281 0518